pengikut

#foods instagram photos..

2 people says

~ "foods have always been my passion" said the FAT lady... :((~

















weird pregnancy habits

1 people says
sepanjang aku mengandung selama 25minggu ni..
aku perasan yang aku ada beberapa habit yang agak pelik..
tapi takde la sampai pelik teringin nak makan kaca ke makan tanah ke..
bukan... bukan camtu..
weird craving pun takde... mengidam makan yang mengarut2 pun takde..
cuma aku rasa macama aku ada preference yang berlainan sikit sepanjang mengandung ni...
yang paling ketara.. aku malas bermekap bagai... MALAS!
malas tahap sampai orang kata pada aku "ni mandi pagi ke tak pergi kerja ni?"
sampai tahap macam tu sekali.. tu yang utama la..
dan dari kata2 orang sekeliling yang terrer2 ni...ni pembawakkan anak lelaki ni...
ha.. terrer tak terrer la dorang.. sedangkan doktor scan pun tak sure.. hehehehe...
tu biasa la.. ikut kata2 orang dulu2...macam2 sebenarnya..
ramai kata jantina anak kita boleh diagak dengan perwatakan dan minat kita sepanjang mengandung..
ni yang nak cerita pasal minat ni..

di awal kehamilan... minat gila dengar lagu Gangnam Style tu...boleh kata hari2..
dari hari pertama PSY tu launch dekat youtube lagi...(yer aku peminat kpop sebelum kahwin lagi..)
sampai ada budak ofis aku tegur.. "amenda lagu la ko dengar ni..?"
tapi lepas tu lagu tu macam famous ntah hape2..
eleh.. dulu ngata aku.. pastu satu ofis nak tgk jugak.. heh! :P 

~2 legit 2 legit to quit~

lepas tu minat tengok Masterchef US.. maraton wa cakap sama lu...
habis layan season 3 dalam masa 3 hari je... dah habis season 3 tengok balik season 2 punya plak..
pastu tiap kali layan perut terus lapar macam mengada nak makan souffle la... ravioli la...
hamboih.. taste omputeh terus..
pastu datang lagi orang terrer2 kata anak pompuan ni... sebab suka tengok masak2..
ha.... pulak dah...

~christine...the winner.. and she's blind.. wow! clap* clap*)

baru2 ni datang habit baru.. baru dapat dalam seminggu dua ni...
ni yang macam pelik btul.. pernah dengar dubstep? apa? tak pernah? ok..sila google..
aku pun tak pernah dengar sebelum ni.. tapi ntah mana dapat ntah...
sibuk layan utube boleh tetiba tertengok dubstep dance ni... pastu hari2 cari..
dah kenapa pulak kan?tapi tu la yang berlaku... 
keminatan dalam dubstep dance ni menjadi2 pulak..
dan yang paling aku suka yang ini...

~sekali pandang macam video ni di edit.. lagi2 part dia gostan2 tu.. ish..~

jadi.. sekarang nak teka anak aku akan jadi penari jalanan ke apa ni... huhuhu..




~ aku tak kesah lelaki ke perempuan yang penting sihat walafiat dah cukup buat aku dan incek suami.... :) ~

lawak hari ini...

0 people says


Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua kaver line klik fesbuk sikit sikit, Apan mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai.



Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.




“Lu kenapa ni Apan?” - Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.Dia baru setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.




“Mak gua hilang la..” - Apan berbisik perlahan.




Gua punyala terperanjat! “Mak lu hilang?, bila hilang?” - dada gua tiba tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.




“Petang semalam..dah cari merata tak jumpa”.




Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak budak human resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula.Apa yang gua tahu sikit sikit, mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.




Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apan berjalan semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewriter.




“Mak gua dah jumpa..” - kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.




Gua cepat cepat bersyukur: “Alhamdulillah...Jumpa kat mana?”,




Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni rama rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas padu:




“Dalam sinki penteri.”




Gua terus tendang kompiter sampai bersepah atas lantai.




MUG la Apan..MUG..!!, pronunciation macam jahanam! Sia sia gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara.






~pagi2 aku dapat email ni..tak tau dari mana.. yang pasti cerita bukan aku la yang reka.. :) ~