pengikut

free,percuma, gratis!

yesterday is free day..
why??

sebab...

yang pertama!!
dapat sebatang payung dalam pertandingan cabut undi antara kengkawan ofis..
ramai dengki ni sebab aku dapat!
hahaha.. bukan lawa pun payung tersebut..
tetapi kepuasan tengok ramai kecewa tu adalah terbaik..
hehehehehe....

~yang pasti bukan payung ini lah yang jadi taruhan..~


kedua!!
jumpa seutas gelang berbijik2 yang agak menarik juga di kawasan parking di tingkat paling bawah bangunan tempat aku bekerja ini...
pernah dengar ayat omputih...finders keepers, losers weepers..
hahahaha...aku tau aku bukan lah seorang manusia yang berhati mulia
kerana tidak menyerahkan bahan bukti tersebut kepada pihak berkuasa...
ini adalah saya tidak mempercayai mereka...
saya lebih yakin bahawa..
bahan bukti tersebut akan dibawa balik oleh mereka pula...
huhuhuhuh..

~tapi kalau gelang macam ni ... bagi depan mata pun tak mau aku..~


ketiga!!!
dapat badge pin dan sebuah buku nota yang agak tebal berlogokan tempat kerja aku ini ketika menghadiri pelancaran satu projek ke ape benda ntah aku pun tak tau..
aku berbangga kerana terlelap untuk beberapa minit sahaja..
kalau tidak..tertido terus mungkin...
maka saya berbangga..


~kalau ini la yang di bagi... mau main tarik2 rambut aku dengan staff kat sini..!~


terakhir...!!
dan secara jujurnya...
kesudian aku turut serta dalam pelancaran tersebut adalah kerana.........
ada makan freeeeeeeee!!!
hahahaha...
sedap tak sedap belakang kira..
janji makan freeeee...
sempat tapau untuk dibawa pulang juga lagi tau!


~memang harapan la kalau dorang nak saji makan free lagu ni..~


maka sekian sahajalah coretan pada hari ini..
macam manalah nak kurus kalau tabiat memakan aku ni semakin menjadi2..
tapi kan..... according to petisuara aka cik yana..
perut buncit is the 'IN' thing this day...
so... because of that i'm happy!!!
sebab aku adalah antara yang mengikut aliran masa...
hahahahahahaha...


semua gambar diatas adalah courtesy of google.. terima kasih!


oh ya.. ini yang dipakai semalam ke kerja!


~dah pasti lah ini bukan hasil carian google.. ape kejadah google gambar sendiri la plak kan?~


ok bye!

No comments: