pengikut

dream land..

ketika aku sibuk melayan tetamu yang hadir atas tujuan untuk beraya di rumah mak andak kepada si dia, tiba2 kedengaran suara lelaki memberi salam.. aku cukup kenal dengan suara itu... oh...si dia rupanya...
tetapi dia tidak masuk sendirian...
kelihatan dibelakangnya seorang gadis yang aku kenal wajahnya...
kami tidak pernah bersua tapi dari potret yang pernah ditunjukkan kepada aku..
aku amat cam dengan wajah itu..

tapi kenapa si dia membawa si gadis?
ke rumah saudara nya pula...
di hari raya yang mulia ini?
sedangkan aku juga di sini..

tidak dapat aku pastikan apa yang mereka bualkan..
tetapi mereka kelihatan sangat serasi...
bergelak ketawa seperti tiada apa2..
tanpa menghirau kewujudan aku dan perasaan aku yang masih dalam kebingungan..

kenapa.. kenapa dia buat aku sebegini?
si dia cuma sekali sekala menjeling aku...
mungkin mahu melihat riak aku...
yang sudah pasti nya tidak menentu...
ikut hati nak ku teriak ku nangis tanpa peduli siapa2..
tapi aku masih menahan perasaan...
malu.. bimbang apa di kata saudara sekeliling jika aku berkelakuan sedemikian..
maklumlah.. kami masih belum apa2.. tiada ikatan kata mereka..
tidak salah rasanya jika dia ingin membawa siapa2..

runtuh hati aku tuhan je tau...
aku menangis di dalam hati.. sedih yang teramat..
tidak terkata rasanya..

usai beramah mesra..
kami semua beransur bergerak ke destinasi lain..
ke rumah saudara yang lain pula...

aku sudah memasuki kereta bersama ibu saudara dia...
sambil menanti yang lain2 turut masuk ke dalam kereta..
kelihatan kelibat si dia... dan si dia memegang tangan si gadis....

tanpa aku sangka.. air mata aku mengalir tidak dapat diseka..
rasa yang ditahan perasaan sedih yang disimpan aku luahkan secara tidak sengaja....
aku menangis tanpa henti...
terhenjut2 bahu aku menahan sedu...

tiba2 ibu saudara si dia bersuara....
'sabar.. sabar...mungkin semua ini ada hikmahnya...' sambil mengurut belakang badan ku...

tapi perasaan itu tak dapat ku tahan...
terang dan jelas di depan mata aku..
si dia bermain kayu tiga...

aku cuba gagah kan diri..
aku lap semua air mata...
aku langkah kan kaki ku keluar dari kereta...
aku hampiri mereka...
dengan niat ingin bersemuka dan mengetahui apa punca...
aku mahu tahu di mana letaknya hubungan kita..
jika benar ada cela... dicerita.. jangan disimpan dan menghina aku sebegini rupa...
mana mahu aku letak muka.....


tapi.. belum sempat aku bersuara...
tiba2.....






alarm telefon aku berbunyi...

hmmm.... mimpi rupanya...
tangan aku sibuk menggosok mata...
eh? basah?
dan aku dapat rasa aku sedu seperti baru lepas menangis...

aku menangis dalam tidur?
macam tak percaya...

tetapi didalam hati rasa lega yang teramat...
kerana itu semua hanya mainan tidur..




~awak janji dengan saya... mulai hari ini.. awak cuma pegang tangan saya...boleh kan?~



~boleh tak awak janji dengan saya?~

No comments: