pengikut

weekend anda bagaimana?

jumaat lalu ke kerja seperti biasa..


~talam dua muka~

pulang juga seperti biasa...
tetapi! ada yang berbeza..
kali ini aku pulang ke rumah bakal bunda mertua...
malam itu aku bermalam disana...
fuhhh.. kali pertama ni... risau juga..

seperti hari2 sebelum nya.. berbuka disana...
naik segan pulak bila pikir selalu berbuka disana...

~lain la adik incek lelaki.. nak segan watpe.. dah rumah dia.. waima berposing ayu walau tangan masih bersambal~

selepas berbuka... aktiviti yang biasa dilakukan kan juga bermula..
apa lagi? buat kueh la..
antara sebab aku dijemput bermalam pun adalah disebabkan supaya senang aku turut serta berjaga sehingga pagi..dah tak payah nak balik2 umah lagi..lagipun bahaya.. kata maknya..
kalau nak amik hati maknya... mana yang mampu kita bantu.. ape salahnya kita bantu.. bukan orang lain pun... keluarga aku juga..
aku pun suka... sekurangnya takdela sorang je kat umah sewa..
macam biasa.. uli2.. bakar.. packing.. and REPEAT sampai siap!
sampai naik jemu dah tengok kuih makmur dan mama carrie tu..
kununnya la.. sebab aku rasa dalam jemu2 tu banyak juga yang masuk mulut aku.. huhuhu..

~segala tempahan sudah ditutup! gila kaw banyak nak buat!~

malam itu aku tidur jam 12 tgh malam..
agak awal..
ini adalah disebabkan aku kerja pada hari sabtu...
ya kerja.. terima kaseh!
selepas sahur terus bersiap..
perlu ada di tempat kerja seawal jam 6.30pagi.. GILE!


~nyonya berkebaya merah..~


pulang ke rumah sewa.. lelapkan mata untuk lima jam yer adik2..
lelap mata la sangat.. tu dah macam tido mati!
keletihan kaw tau...
sang lelaki jemput dirumah.. berbuka di rumah dia..
dan rutin harian diteruskan..
kuih..kuih..dan kuih lagi...
but i have no complaint..
coz i'm loving it!
time ni la nak bonding lebih2..tak gitu?


~selalu rasa bertuah ditemukan dengan abang dan semua kesayangan abang..~


p/s: mereka dah nmpk perangai buruk aku yang tibe2 meloncat disebabkan kewujudan lipas bodo yang time tu la ko nak kuar!!!!

No comments: