pengikut

inilah bakal HASBEN ai...

0 people says
isnin lepas aku berjaya memontengkan diri lagi sekali..
malas nak menempuh minit2 yang membosankan didalam meeting..
lagipon sakit kepala dengan demam yang kejap2 ada kejap2 hilang tu masih melanda diri..

maka aku sebagai pemonteng tegar terpaksa menuju klinik berdekatan untuk mendapatkan sekeping kertas persetujuan membenarkan aku ponteng..

tiba di destinasi.. seperti biasa..
pelakon terbaik memulakan lakonan hebat..
buat2 muka lembik tak bermaya seperti tiada zat kelaparan kerana tiada selera dek demam yang melanda sedangkan lemak kau banyak gila sampai berlipat2 dah perot ko pompuan!

sementara menunggu rawatan diberikan...

tiba2! masuk seorang budak lelaki yang pada anggaran aku mungkin dalam darjah 5 dengan baju berlumuran darah yang tidak lah banyak mana bersama abgnya yang uish.. pada aku teramatlah hensem....dudk didepan aku... menghadap aku.. fuhhhhhh!!

dan pada ketika itulah aku tersampuk penyakit gedik gatal miang tak boleh nmpk lelaki hensem..dimana aku jadi seperti tidak tentu arah.. rasa geram nak gigit bahu yu la sayang...gigil2 badan gua wa cakap sama lu.... situasi ini juga dialami ketika aku tahu bahawa FAHRIN AHMAD berada dibelakang aku! huhuhu.....

ketika ini juga didapati si mummy dan daddy juga turut masuk ke dalam.. mereka bercerita sesama mereka.. tetapi didalam volume yang agak kuat juga... kira aku tak perlu la pasang telinga nak dengar ape bakal mak dan pak mertua aku ceritakan bersama bakal hasben tercinta.. EWAH!~

berdasarkan maklumat yang diberi secara tidak sengaja kepada aku yang suka jaga tepi kain bakal hasben dan familinya..

si adik iaitu bakal adik ipar..

didapati bergaduh di sekolah..

bersama kanak2 perempuan..

dan dipercayai kanak2 perempuan tersebut telah mencucuk pensel ke badan bakal adik ipar aku hampir 5-6 kali...

wah! gile extreme budak2 skarang!terperanjat jugak la aku dengar..
makin ganas la budak2 sekarang.. tak macam aku dulu.. paling kuat pon jerit je la kalo gaduh ngan budak lelaki.. tak pon ko nangis... habis cerita..
ini sampai cucuk2.. berkali2 lak tu.. tak takut lak ko eh bile dah nmpak darah tu.. ish... dasat2...


TAPI! abg ko lagik DASAT HENSEM NYA!!!


hai handsome...!!

hari ini aku....

0 people says


gembira ~sebab malam semalam ada jumpa mohd izwan..

keliru ~sebab jumpa norazuwan dan aku teresak2 dalam mimpi..

lega ~sebab berjaya mendelete segala email sampah yang beribu2 tu..

marah ~sebab terjumpa satu email lama dari betina jalan tu mintak jumpa..

MALAS!! keje banyak nak buat neh!!!


~depan mata lain.. dalam hati lain.. yang disebut lak lain.. kenapa ni....~

macam2 cerita..

0 people says
setelah hampir dua bulan tidak menjengah ke mari.. aku kembali..
once again i'm back.. and i don't know for how long..
macam biasa.. aku akan rasa jemu dan abaikan semua seperti biasa..
huhuhu...

cerita terkini..

aku dah ada kereta sendiri...
aku dah jumpa cinta hati..
yeay! for me..
harapan ini yang terakhir dan selamanya...
amin....

oh ya... lupa... dua minggu lalu...
aku dan dia ke pulau perhentian...
tidak.... bukan hanya kami berdua...
ada yang lain2....
kami beramai....
tapi itu bukan kuncinya...
isi yang penting nya adalah............................

saya telah berjumpa FAHRIN AHMAD dan berjaya bergambar dengan nya itupun selepas dipaksa dan menebalkan muka.. huhuhuhu...

dan hari ini...

aku demam untuk yang ke berapa hari ntah...
tapi hari ni melarat2..
bernafas pon rasa macam ada keluar api dari mhidung...
panas gila...
nak mc.. tapi besok aku kena jaga exam...
tgk la esok petang camne...