pengikut

harini pakai high heel dan baju kurung kilat2..

pagi tadi aku alami perasaan itu lagi..
lama rasanya aku tidak rasa begini..
ditengah kesibukkan menuju ketempat keje..
perasaan itu tiba2 datang tanpa diduga..
Tuhan jer tau perasaan aku ketika tu..
resah.. gelisah.. tak senang duduk aku dibuatnya..
kerusi yang biasanya selesa ku rasa dingin sampai ke tulang..
pada mulanya kubiarkan...
tapi makin tak tertanggung rasanya..
makin resah duduk ku..
ingin berdiri rasa segan dipandang keliling..
tapi aku tak tahan..
benar2 tak mampu lagi menanggung rasa ini..
mula rasa timbul goosebump seluruh badan..
bagaimana mahu aku luahkan?
lakukan disini?
aku kini berada di khalayak ramai..
tidak manis rasanya...
dan mungkin tidak pernah di buat orang..
tak mungkin aku ingin memecahkan tradisi itu..
tidak.. tidak mungkin..
kemudian..
bagaimana? apa perlu aku buat?

"tak boleh jadi ni.."
aku gagahkan diri..
cuba keluar dari kelumpuk manusia yang aku rasa mula perasan tindak tanduk aku yang serba tidak kena itu..
akhirnya.. aku berjaya melepaskan diri..
tapi masih ada yang belum selesai..
aku cuba cari tempat yang sesuai..
hmm.. tapi aku dimana?
aku sendiri kurang pasti..
ini kali pertama aku jejakkan kaki aku disini..
aku meninjau kawasan keliling..
tiada!
aduh... bagaimana sekarang?
aku cuba mencari lagi..
mengorak langkah lebih jauh..
mudah mudahan jumpa...

TAPI... masih tidak ketemu?
perasaan itu masih ada..
aku fikir dalam kekalutan itu..
mungkin akan berkurangan timbul rasa itu..
tapi sangkaan ku meleset..
makin menjadi2..
rasa itu makin membuak..

aku lupakan rasa malu ku..
aku ternampak satu susuk tubuh yang tidak ku kenali..
tapi mungkin dia dapat membantu..
kemudian..
aku tanya kan sang empunya diri...











"abang.. kat maner tandas??" aku bersuara
"kat bawah sana.." sambil menunding ke destinasi harapan

sambil berlari2 anak tapi masih dalam penuh keayuan..
aku masuk dan melepas kan hajat...

kwang ajor.. b****t tak sekolah tol..
time2 camnila ko nak terbe**k!
nasib baik sempat..
kalo tak..
bersepah!

dan sesudah berhajat..
aku teruskan perjalanan pergi kerja..
dah la lambat! makin lambat jadi nya..
ceh!

No comments: