pengikut

aku sayang dia.. percayalah...

tatkala sibuk menerjah ke laman hak milik orang lain
terhenti aku seketika di satu catitan lama yang diselitkan satu gambar bergerak yang menampilkan beberapa orang anak yang sedang diberi ceramah di sekolah aku jangka... disokong dengan keadaan ramai anak2 laki dah perempuan diasingkan ditempatkan diatas kerusi plastik.. persis ketika aku disekolah suatu ketika dahulu.. 2minit pertama aku disajikan dengan mimik muka beberapa anak2 yang seperti mahu mengalirkan air mata.. tiba minit yang ntah keberapa aku kurang periksa hampir ke semua anak2 mengalirkan air mata.. sehingga ada yang teresak2 menghinjut2 bahu menahan tangis.. kebanyakan fokus lensa kamera lebih tertumpu kepada anak2 perempuan yang mana pada aku lumrah..gembeng... kememeh..
saling tidak tumpah seperti aku.. tiba2 terkenang masa lalu..
aku pun seperti mereka juga...

mula terbit rasa ingin ketawa..
rasa sedikit kelakar..
bukan kerana mereka berjenaka...
tapi teringat kerenah aku dulu..
sama seperti mereka..

tapi pabila semakin lama aku perhatikan yang pada mula nya aku rasakan lakonan anak2 yang hanya mahu tayang punya rasa...punya perasaan tatkala sang penyampai menceritakan perihal ibu bapa kita..ada ketika lensa tontonkan wajah anak2 lelaki pun turut serta mengalirkan air mata.... aku terdetik... bagaimana kalau di dalam itu.. diletakkan adik aku..
ya.. adik.. adik lelaki ku...
bagaimanakah perasaan dia ketika itu?
apakah yang difikirkannya ketika itu?
adakah ibu dan ayahku yang berlegar2 di kepalanya?

tidak disangka2 menitik air jernih dari mata ku...
rasa sedih..
kasihan mengenangkan si dia yang sehingga kini tidak tahu siapa diri dia sebenarnya??
bagaimana sekiranya dia tahu siapa ibu sebenarnya?
aku tak mampu.. dan tak sanggup rasanya..

sebolehnya mahu sahaja dia dibiarkan dalam keadaan tidak tahu itu sepanjang hidupnya..
tapi sampai bila? dia semakin meningkat remaja..
aku tahu dia dapat rasa.. dapat meneka..
dan tidak mustahil dia mampu menjawab segala teka teki selama ini yang kami cipta...

adik.. maafkan kami...
kami tidak berniat menipu sayang..
kami semua sayangkan kamu..
tiada tolok bandingnya kasih ayah dan ibu terhadap kamu..
malah ada ketika kami rasa.. ibu lebihkan kamu..
kamu merampas bahagia menjadi yang terbongsu dariku..
tapi aku tidak cemburu...kerana kamu adikku..
aku sayang kamu...
dan aku percaya..
mereka juga sayangkan kamu..
terutama ibu...


maafkan aku kerana kebanyakkan waktu aku tidak berlagak seperti kakak mu..
bukan tidak mahu..tapi aku tidak tahu... sumpah.. aku tidak tahu..
tapi jauh dari dalam hati aku.... aku tetap sayangkan kamu...
kamu adikku...


ikhlas..
dari kakak mu..

No comments: