pengikut

nasib baik anjing tu haram...

smlm seharian aku duduk rumah.. ini adalah disebabkan ketandusan wang di dalam simpanan... maka dengan itu.. aku membuat keputusan untuk duduk di rumah sahaja.. huhuhuh..
selepas bersarapan sebungkus megi berperisa tomyam pada jam 11 pagi... aku mula memilih siaran yang menyiarkan cerita menarik.. dan jariku terhenti ketika berada di siaran ntv7 saluran ceria anda..

"ada cerita korea... hmm.. macam best... layan ah.." getik hati aku..

cerita ni sedih giler.... dari mula cerita sampai habis.. teresak2 aku nangis..macam baru lepas rotan berkali2 kat bontot n peha.. huhuhuh.. sampai kuar la hingus hijau aku! punya la sedih nya...

aku mmg sensitif giler kalo cerita yang melibatkan binatang ni.. terutama kucing n anjing ar.. pastu lak cerita pasal budak2... lagi la menambah2 perasaan sayu aku tu..

paling sedih part maeum (si anjing) kejar chan (si abg) dari kampung sampai ke bandar.. yang mana ketika babak kejar mengejar tu.. chan menaiki keretapi manakala si anjing cuma berlari.. berhari2 dia kejar.. akhirnya jumpa...

hebatkan spesis anjing ni? diciptakan mempunyai deria bau yang sangat hebat sehingga mampu menjejaki bau tuannya walaupun jauh beribu batu ditinggalkan..

ada byk babak yang mana maeum kena pukul sampai mata dia hampir buta.. kesian giler... dan yang paling tak best sbb akhirnya anjing tu mati....... ala... sedih! nak nangis dah...

byk la babak yg sedih.... tak sempat nak kering hingus.. aku nangis lagi.. sampai bengkak2 bijik mata aku ni...

skang ni pon masa tgh menaip ni pon tetiba rasa cam nak mengalir lak air mata.. giler ngengada aku ni... huhuhuhhuh (yer...aku berjiwa sensitif...)

aku bercadang nak mencari dvd cerita ni.. nak tgk buat kali ke2, ke3 dan ke baper2 yang aku suke la.. sbb aku dah beli.. sukati aku la..

tajuk cerita ni HEARTPAW.. mst tgk untuk petlover.. kalo ko tak ske binatang pon disyorkan tgk sbb lepas tgk gerenti trus jadik penyayang bintang.. kalo tak ske jugak! ko tu sebenarnya BINATANG.. sbb takde perasaan..

okla.. sekian laporan hiburan untuk hari ini..


watak budak perempuan ni pon sgt comel.. n sedih.. sbb dia pon mati.... huhuhuhuh..

~kerap gaduh lak sejak dua tiga hari ni.. naper eh?~

No comments: